Click here for Myspace Layouts

Followers

May 1, 2011

...Wanita Berpurdah...

apalah yang hebat sangat dengan pandangan buruk orang lain terhadap golongan yang menutup aurat dengan sempurna ni....jahat sangat ke orang yang cuba berpakaian menutup aurat dengan sempurna, yang cuba memelihara kehormatan dan maruah diri, yang cuba meraih redha Ilahi dengan berpakaian begini...adakah ini salah dan keji dimata masyarakat?? Walaupun begitu mungkin ada segelintir yang menyalahgunakan pakaian purdah ni untuk tujuan lain....tapi adakah sebab yang segelintir itu menyebabkan pakaian purdah tu terus diharamkan....terus dipandang hina??

Bagaimana pula dengan segolongan yang tanpa segan silu menayangkan 'tubuh murahan' mereka pada mata masyarakat dianggap tidak apa-apa... yang hanya mahu mendapat perhatian mata-mata para lelaki fasik, yang mahu tampak seksi, moden, ikut aliran fesyen masakini yang terang-terangan menyalahi syariat islam. Bagaimana jika orang yang begini melakukan perbuatan seperti mencuri, merompak dsb adakah kita akan menyalahkan pakaian yang mereka pakai juga sepertimana kita menyalahkan orang yang memakai purdah. Tentu sekali tidak bukan? Buat apa nak salahkan pakaian yang dia pakai....orang yang xde akal je yang kate pakaian itu salah dan patut dipenjarakan.. ade ke patut benda tak bernyawa disalahkan.... begitu juga la dengan purdah, apalah salahnya muslimah berpurdah di mata masyarakat. Salahkah mereka cuba mengurangkan fitnah zahir dan batin dikalangan kaum adam??

Seindah indah perhiasan adalah wanita solehah, dan seburuk-buruk kejahatan adalah wanita yang fasik. Cubalah kita renungkan betapa besarnya peranan wanita dalam masyarakat, negara dan agama. Kalau tidak takkanlah Nabi Muhammad saw menyebut an-nisa' (wanita-wanita) sebanyak 3x sebelum baginda wafat... kerana wanita itulah sebesar-besar fitnah yang ada di muka bumi ini.

Qawl yang paling muktamat dalam mazhab Shafie' menyatakan bahawa seluruh badan perempuan yang merdeka adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi. Pendapat ini disokong oleh hadis-hadis yang menyatakan bahawa perempuan itu aurat/ perempuan itu aurat yang mesti ditutup/ dan orang-orang perempuan itu aurat dan disokong oleh ahli-ahli tafsir al-Quran yang meriwayatkan bahawa wanita-wanita islam pada zaman Rasulallah saw dahulu menutup seluruh badan mereka ketika keluar rumah, setelah turunya ayat-ayat hijab.

Muka ialah sebesar-besar tempat fitnah, sedangkan pandangan ialah 'rasul Syahwat' (penyampai kpd syahwat), pembawa kepada zina dan kefasikan, panah iblis yang mengandungi racun bagi hati. (al-Jiziriyy, kitabu al-Fiqhi 'ala madhahibial-arba'ah; juz 1, al-Qahirah ; juz 7, al-Banjariyy, sabilu al-Muhtadin ; Juz 1 )

Indah dan mendalam sungguh kata-kata di atas... kalau direnungkan kata-kata itu maka wajiblah wanita itu berpurdah. Masakan tidak...wajah wanita itulah tempat sasaran sebesar-besar fitnah kerana Allah swt itu sendiri menciptakan kaum hawa itu mempunyai wajah yang cantik menawan yang mampu mengganggu gugat keimanan kaum adam. Kalau tidak, takkan le ada lelaki yang angau bila melihat wajah wanita yang cantik jelita bak bidadari yang turun dari syurga. Bila mata terpandang maka terunlah ke hati dimana kerana waita itu, jiwa sang teruna menjadi kacau bilau teringatkan sang bidadari yang cantik bak permata hinggalah datangnya syaitan merasuk diri memujuk hati supaya datang mendekati, bila sudah berkenal-kenalan maka datanglah cinta, sayang dan rindu. Bila diri tak tertahan menanggung rindu maka datanglah syaitan memberi 'petunjuk sesat' hinggalah diri terperangkap dalam duri perzinaan... Akhirnya lahirlah zuriat yang tidak diingini dan wujudlah juga pembuangan bayi dimerata-rata tempat.Begitulah betapa bahayanya wanita itu....kerana itulah wanita itu menjadi salah satu dari pelaburan terbesar bagi iblis, syaitan laknatullah.

Begitulah kancah kehidupan manusia. Mereka sedaya upaya cuba membanteras kegiatan jenayah, pelbagai undang ditubuhkan, pelbagai hukuman dijatuhkan mengikut akal fikiran manusia yang 'ciput' ni... Sedangkan undang-undang dan hukum Allah yang sudah sedia ada, terpampang depan mata, penyelesai segala masalah manusia diketepikan....Allah datangkan masalah dan penyelesai masalah sekaligus.... contohnya zina, Allah berfirman;

"Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu perbuatan buruk. (surah al-isra' ; 32).

Allah swt perintahkan supaya jangan mendekati zina.. Jadi Allah datangkan langkah pencegahan awal dalam menangani isu zina dan pembuangan anak.

Memakai purdah juga adalah salah satu jalan untuk menghindari diri dari zina. Mengapa? Kerana wanita yang berpurdah itu menutup jalan fitnah itu yakni dengan menutup wajah mereka dari pandangan lelaki-lelaki ajnabi. Jadi kaum adam ini tidak berpeluang lagi untuk berasa 'angau' pabila melihat muslimah yang bertutup litup ini. Jikalau ada muslimah-muslimah diluar sana yang tergerak hati ingin berpurdah, alhamdulillah ana doakan antunna semua ikhlaskanlah hati memakainya kerana Allah. Bukan kerana nampak cantik, anggun bila berpurdah ni... Bagi yang sudah berpurdah pula ana harapkan istiqamahlah dan ikhlaskan hati kerana Allah demi redhaNya.... tetapi harus diingat juga disamping kita memakai purdah dan menutup aurat dengan sempurna kita wajib....wajib dan WAJIB menjaga pandangan mata kita kerana....Allah swt berfirman....

" Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya).......(surah an-nur :31)

Jadi disamping kita menjaga aurat kita, kita juga hendaklah menjaga pandangan mata kita....janganlah mata tu asyik melilau tengok lelaki.....buruk bebeno ropernye kate org perak...
Dimana letaknya sifat malu seorang perempuan jika dia tidak menundukkan pandangannya??

Semoga apa yang ana sampaikan dapat di amalkan dan disampaikan InsyaAllah, ana mohon maaf jika ada yang terasa atau terkasar bahasa, apa yang ana sampaikan adalah dari hati ana sendiri yang inginkan masyarakat kita ini berubah kepada jiwa yang menghayati islam itu sendiri bukan hanya nama sahaja islam tetapi tidak mahu mencunkil hikmah agama yang benar dari Allah ini.. Kepada muslimah sekalian, antunna semua adalah punca dan pembawa impak yang besar dalam masalah sosial yang melanda dunia ini...janganlah kita tunggu orang lain yang buat dulu kita kemudian hari pun boleh...itu salah....kerana kita sendiri yang mesti memulakannya dulu....KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI?? KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI??? Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment