Click here for Myspace Layouts

Followers

Oct 31, 2010

KebesaranMu....

Kau tempatku mengadu hati
Memberi segala hidup
Dunia dan seisinya milik-Mu
mencintai-Mu sejati

Ku manusia yang penuh dosa
Berharap ampunan-Mu
Melihat dilangit kesempurnaan hati-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup

Allahu Akbar Maha Besar
Memujamu begitu indah
Selalu kau berikan semua
Kebesaran-Mu Tuhan

Oct 23, 2010

Makna Cinta

Cintaku pada Islam bukan hanya pada di kalam
Tapi denyut jantungku yang mengiktiraf
Aliran darahku yang mengakui dan.......
Sedut nafasku yang membenarkan
Seluruh jiwa ragaku,waktu dan kebendaan
Ku serahkan demi meninggikan agamaMu
Benak fikiranku setiap saat berfikir bagaimana
Keagungan umat mesti dibela
Tiada ertinya kemewahan dan kesenangan
Sedang mereka merintih di bawah
Siapa lagi pembelanya selain aku dan generasiku
Yang menumpu sepenuh keikhlasan pada
KeredhaanMu
Matikanlah kami dalam iman
Syahidkanlah kami dalam perjuangan Islam..

SRIKANDI CINTA ILAHI

Oct 21, 2010

Sajak Buat Bakal Suami...

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku...


Bt Bakal Suami..