Click here for Myspace Layouts

Followers

Dec 27, 2010

::::>>Mujahidah dari Bumi Jihad<<::::


Mujahidah dari Bumi Jihad
Aku Wanita Mujahidah Sejati…
Yang tercipta dari tulang rusuk lelaki yang berjihad..
Bilakah akan datang seorang peminang menghampiriku mengajak tuk berjihad..
Kelak ku akan pergi mendampinginya di bumi Jihad..
Aku selalu siap dengan semua syarat yang diajukannya..
cinta Allah, Rasul dan Jihad Fisabilillah
Aku rela berkelana mengembara dengannya lindungi Dienullah
Ikhlas menyebarkan dakwah ke penjuru bumi Allah
Tak mungkin ku pilih dirimu.. .bila dunia lebih kau damba…
Terlupa kampung halaman, sanak saudara bahkan harta yang terpendam..
Hidup terasing apa adanya.. asalkan di akhirat bahagia…
Bila aku setuju dan kaupun tidak meragukanku…
Bulat tekadku untuk menemanimu…
Aku Wanita mujahidah pilihan…
Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad…
Bilakah akan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh ketawadhu`an…
Kelak bersamanya kuarungi bahtera lautan jihad…
Andai tak siap bisa kau pilih…
Agar kelak batin, jiwa dan ragamu tak terusik,
terbebani dengan segala kemanjaanku, kegundahanku, kegelisahanku…
terlebih keluh kesahku…
Tak mungkin aku memilihmu…
bila yang fana lebih kau cinta…
Lupa akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota…
lezatnya makanan dan lajunya makar durjana…
Sebab meninggalkan dakwah karena lebih mencintaimu…
dan menanggalkan pakaian taqwaku karena laranganmu…
Meniti jalan panjang di medan jihad…
Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah…
serta debu yang beterbangan,
keringat luka dan kesyahidan pun terulang…
Jika masih ada ragu tertancap dihatimu…
Teguhkan `azzam`ku tuk lupa akan dirimu…
Aku wanita dari bumi Jihad…
Dengan sekeranjang semangat berangkat ke padang jihad…
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati, pelepas lelah serta kejenuhan…
tepiskan semua mimpi yang tak berarti…
Adakah yang siap mendamaikan Hati ??
Karena tak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri…
tanpa peneguh langkah kaki.. pendamping perjuangan…
Yang melepasku dengan selaksa do`a…
meraih syahid… tujuan utama…
Robbi… terdengar panggilanMu tuk meniti jalan ridhoMu…
Kuharapkan penolong dari hambaMu… menemani perjalanan ini…

Dec 24, 2010

:::>>HaTi Se0rAnG WaNiTa<<:::

Ya Allah,hari ini ingin diri ini luahkan sesuatu kpdMu yg Maha Mendengar,
Diri ini seorang wanita yg lemah,
Kelemahan hati dan iman sering membelenggu diri ini melakukan dosa,
Hamba ini tidak sanggup utk meminta pdMu Ya Allah,
Hamba ini tidak sanggup utk meminta dgn dosa yg ku bawa,
Banyak sekali hati ini inginkan,
Diri ini sungguh bersyukur pdMu Ya Allah ats semua karuniaMu,
Namun diri yg lemah ini perlu meminta pdMu Ya Allah,

Ya Allah diri ini sangat lemah,
Diri ini sangat lemah bila berhadapan dgn mujahid Mu Ya Allah,
Hati ini ingin sekali seorang mujahid menjadi teman hidup dunia dan akhirat,
Diri ini sangat lemah sekali Ya Allah bila ku terpaksa berhadapan dgn mujahidMu Ku sedar ya Allah diri yg daif ini sungguh x layak utk berdiri disebelah pejuang agamaMu,
Ku ingin sekali seorang seperti Sultan Muhammad Al-Fateh mnjadi teman hidupku,
Ingin sekali ku mnjadi Fatimah kpd ayahku,
Ingin sekali ku menjadi Aisyah kpd bakal suamiku,
Ingin sekali ku menjadi Abu Bakar kpd sahabatku,
Banyak sekali keinginan ku Ya Allah,
Hanya pdMu ku meminta Ya Allah,

Ya Allah,
hamba ini sentiasa berusaha utk menjadi seorang berguna utk agamaMu,
Namun Ya Allah,hamba yg lemah ini sering tewas dgn ajakan nafsu,
Ampunkan hamba ini ya Allah,
walau ku bawa dosa setinggi gunung,
Kau tetap mendengar doaku,
walau ku bawa dosa seluas lautan di bumi,
Kau tetap memberikanku kehidupan yg bahagia,
walau ku lalai mengingatiMu,
Kau tetap menegurku atas kesilapanku,
Ampunkan aku ya Allah,
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Aziz Ya Karim,,,
Ku memohon Kau perkenankanlah doa hamba ini,
Makbulkanlah doa hamba yg hina ini,
Sesungguhnya hanya padaMu ku meminta,
Syukur Alhamdulillah Ya Allah,
Terima Kasih Allah,
Hanya itu yg mampu ku ucapkan atas segala karuniaMu kpd ku....
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.....

..::Antara Cinta dan Persahabatan..::

Antara cinta dan persahabatanAndainya ku diberi pilihan untuk memilihnya
Akan ku pilih keduauanya
Kerna bagiku ianya sama bererti dan bernilai dalam kehidupan

Cinta
Suatu ungkapan yang belum pasti kan keindahannya
Kerana disebalik keindahan cinta itu
Tersirat seribu kepahitan dan keperitan
Pastinyakan merentap kedamaian jiwa seorang PENCINTA SETIA
Takkala ikatan diundang kekecewaan

Namun
Ia tetap betah menjemput setiap jiwa
Yang punya hati dan perasaan
Hakikat yang tersimpan disebalik anugerah ini
Tak terungkai dengan bicara dibibir
Tak tergambar dengan lakonan
Begitu syahdunya kurniaan ilahi
Lahirnya dari hati seorang insan
Berakal emosi penyayang dan berperasaan

Persahabatan
Suatu ikatan yang lahir dari hati keinginan yang ikhlas
Bagi berkongsi tangis, tawa, kasih sayang serta keakraban
Sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya
Tentang impian dan pengertian hidup ini

Persahabatan yang suci dan murni
Adalah sebuah perhubungan disulami benang kejujuran
Diwarnai dengan keikhlasan
Dicurahi dengan kasih sejati
Sekiranya menjadi gunting dalam lipatan
Robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan

Teman yang budiman
Mengertilah maksudku ini
Sesungguhnya apa yang tersimpul dihati kecilku
Sejak perkenalan kita

Kita bina tugu persahabatan
Yang dipagari besi kedewasaan
Yang teguh berdiri megah dilaman hati kita
Tak tumbang dek rintangan
Hanya satu pintaku
Agar dikau SELALU MENGINGATIKU
                

::..Pesanan Kaum Hawa kpd Kaum Adam..::


Tolong sampaikan pada si dia… 

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..



Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..



Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Dec 20, 2010

::....Tujuh Golongan Dilindungi Allah....::

Hadis sahih Bukhari,daripada Abu Hurairah ra,dari Nabi saw,baginda brsabda:Tujuh golongan dilindungi Allah SWT di bawah lindungan-Nya pda hari yg tdak ada lindungan selain lindungan-Nya:




   1.Imam(pemimpin)yg adil.
   2.Pemuda yg hidup dlm brbibadat kpd Allah.
   3.Org yg mngingati Allah ktika brsndrian l'lu mnitis air mtanya.
   4.Org yg htinya trgntung pd masjid.
   5.Dua org yg sling brksih syg krana Allah smata-mta.
   6.Lelaki yd dgoda oleh prempuan yg brdrjat yg cntik,ttapi dia
     mengatakan"Aku takutkn Allah".
   7.Org yg brsedekah dn menyembunyikan sehingga tgn krinya tdk
     tahu ap yg d'buat oleh tgn krinya.              

Umar Al-Khattab Benci Pembaziran

Tlah brlaku thun kesusahan dn klaparan yg amt sgt d Semenanjung Arab pd zman Amirul Mukminin Umar bin Al-Khattab.Dkenali dgn 'Am al-Ramadh krana seakan bgaikan wrna ramad atau abu disebabkn kekurangan hjn,wrna tnah dn wrna klit mnusia yg brtkar d'sbbkn k'kringan.Ini brlaku pd antra thn 17H dn 18H slama smbilan bln.
      Amirul Mukminin tlh brhmpas pulas mnguruskan hrta ngara ktika itu bg mngatasi kesusahan rakyat.Di smping kcermelangan pngurusan,yg ingin d'sbutkan d sni kcermelangan pndirian dn sikap.Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bhawa Umar Al-Khattab tdk m'mkan pd thn brkenaan lmak haiwan,susu dn dging shingga org rmai dpt m'mkannya.
      Barangan mkanan brkurangan d psar.Pd suatu hri pd thn pkerjanya dpt m'mbeli utknya lmak dn susu,nmun dgn hrga yg agk tnggi.Umar enggan mkn bahkan brkta,"Engkau tlah mnyebabkan lmak dn susu mnjd mhal.Sedekahkan kdua-duanya.Aku bnci pmbaziran.Bgaimana aku dpt m'mahami keadaan rkyat jika tdk mngenaiku apa yg mngenai mreka?"
(Al-Tabari,2/358,Beirut:Dar al-Fikr)
      Juga driwayatkan bhawa suatu hri pd thun brkenaan d'smbelih unta lalu d'msak dn d'bhagikan kpd org rmai.Lalu dicedok msakan itu utk d'hidangkan jga bt Umar.Tiba-tba yd d'cedok itu bhagian blakang unta dn htinya.Lalu Umar brtnya,"Dari mna d'peroleh ini?"


      "Daripada unta yg kta sembelih hri ini."


     Kata Umar,"Oh,alangkah bruknya aku ini sbagai pemimpin,jika aku memakan bahagian yg baik lalu aku berikan rakyat mkan yg sisa."(Ibn Sa'd,al-Tabaqat al-Kubra,3/312,Beirut:Dar Sadir)