Click here for Myspace Layouts

Followers

Jan 28, 2011

KIisah Yahudi dan Teksi

  Assalamualaikum..

ada suatu kisah... disuatu hotel di eropah...
ada seorang yahudi keluar dari sebuah hotel...
dia ingin mencari teksi utk pergi kesuatu tempat...
saat itu.. keadaan cuaca sgt teruk.. hujan dan salji turun silih berganti...
lalu berkatalah yahudi itu pada pekerja di hotel itu..
"tolong panggilkan saya sebuah teksi"..
lalu.. dtglah teksi yg diminta tp yahudi itu berkata...
"jangan, jangan yg itu saya tidak mahu...biarkan ia lalu.."
kemudian dtg teksi yg kedua... yahudi itu berkata lagi...
"jangan, jangan yg itu saya tidak mahu...biarkan ia lalu.."
..kemudian teksi yg ke3, ke4 hinggalah ke9... yahudi itu masih tidak mahu naik....
sehinggalah.. dtg teksi yg ke10 barulah yahudi ini mahu naik...

kerana kebingungan pekerja tadi bertanya...
"kenapa teksi yg ke10 ini tuan naik sedangkan yg 9 teksi td dibiarkan berlalu pergi???"
yahudi itu menjawab dgn mantap..
"SAYA TIDAK TAHU SIAPA PEMILIK 9 TEKSI YG TADI.. TAPI SY PASTI TEKSI YG KE10 INI ADALAH ORG YAHUDI..."

.... tersentak diriku mendengar kisah ini...
kini barulah aku fhm betapa orang yahudi sgt memerhatikan kemana duit poket mereka pergi,
dia harus yakin bahawa wangnya akan kembali kepada yahudi semula..
ternyata sudah lama mereka memboikot product Muslim..

BAGAIMANA dengan kita..??
baru hendak memboikot yahudi sudah berdebat sesama sendiri.. :(

Allah telah menerangkan dalam ayat berikut...
"Wahai manusia, makanlah apa2 yg ada dibumi yg halal dan baik...
baik dari segi kesihatan, ekonomi, dan mahupun dari segi politik..
Janganlah kalian mengikuti langkah2 syaitan..
Sesungguhnya syaitan itu musuh yg nyata bagi kamu.."

ayat ini untuk seluruh manusia..
untuk memboikot yahudi, serta kuncu-kuncunya...
AYUH KITA BOIKOT PRODUCT2 MEREKA... DIMAKAN SAJA JGN APA LAGI DIBELI..


bagaimana jika seluruh muslim tidak membeli product2 mereka..
berapa byk kebaikan ekonomi dpt kita rasa..?
berapa ramai nyawa saudara kita dapat kita selamatkan..?


BERMULA HARI INI...
BERMULALAH DGN DIRI SENDIRI...

"JANGAN PERNAH SERAHKAN HAL UMAT ISLAM KEPADA MEREKA YG TIDAK PEDULI DGN ISLAM"
"SESUNGGUHNYA PERTOLONGAN ALLAH SWT ITU SUDAH DEKAT.."
"..DAN ALLAH BERSAMA ORANG-ORANG YG SABAR..."

sekian...
by:Muhammad Hafiz Mujahid
Kasih Sayang Allah Kepada HambaNya



Seandainya manusia ingin menghitung nikmat-nikmat pemberian Allah swt, maka mereka tidak akan mampu menghitungnya. Sekalipun air laut dijadikan tinta, seluruh ranting kayu dijadikan pena dan dedaun pokok yang ada di muka bumi ini dijadikan kertasnya, maka ia tidak akan pernah selesai. Betapa besar dan banyak nikmat yang Allah swt kurniakan disekeliling kita.

Tetapi kita sering lupa dan lalai untuk bersyukur kepada yang Maha Memberi. Malah kita membalas dengan menggunakan nikmat-nikmat itu untuk melakukan maksiat kepadaNya.

Ketika kita melangkah kaki keluar, menghayunkan tangan, menghirup udara yang segar dan menikmati cahaya matahari yang terang dan bersinar, pernahkah kita terfikir dari mana datangnya semua nikmat-nikmat ini?

Sekiranya Allah swt mengarahkan semua kemudahan dan nikmat yang diberiNya kepada kita harus di bayar menggunakan wang, berapa banyak yang harus kita keluarkan untuk membayar semua itu?

Tepuk dada tanya iman.



Kita sering lupa dan melupakan apa yang kita miliki. Sebaliknya selalu memikirkan bagaimana untuk mendapatkan apa yang kita belum miliki. Mungkin kita harus bertanya soalan ini kepada diri sendiri:

"Mahukah aku kalau ada orang mahu membeli sepasang mataku dengan jutaan ringgit?".

"Mahukah aku tukarkan kedua-dua belah tangan ku ini dengan emas yang bertan-tan?"

Dan bahagian-bahagian tubuh kita yang lain. Hati, buah pinggang, jantung, dan lain-lain?

Siapakah yang mahu menukar hidupnya dengan seluruh harta benda duniawi?

Ingatlah, hidup ini sendiri adalah nikmat dari Allah swt.

Firman Allah yang bermaksud; "Maka nikmat Allah yang mana lagi yang kamu dustakan?"

InsyaAllah, semoga kita sama-sama dapat renungkan. Mari kita terus bersyukur dengan nikmat  kurniaan Allah dan terus sabar mengahadapi ujianNya.

Jan 20, 2011

..Apa Itu TaQwa..


Kalimah 'Taqwa' asal maknanya adalah mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan.
Menurut Syara', 'Taqwa' bererti : "Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta'ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat".[2]
Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda yang bermaksud :
"Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintah-Nya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepada-Nya dan tidak mengkufuri nikmat-Nya". ( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha. )
Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?".
Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati". Balas Ubai : "Itulah yang dikatakan taqwa".
Menurut Ibnu Abbas r.a. : "Al-Muttaqin (yakni orang-orang bertaqwa) ialah orang-orang beriman yang memelihara diri mereka dari mensyirikkan Allah dan beramal menta'atiNya".
Menurut Hasan al-Basri : "Orang-orang bertaqwa ialah orang-orang yang memelihara diri dari melakukan perkara yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang difardhukan Allah ke atas mereka".
Berkata Abu Yazid al-Bustami : "Orang bertaqwa ialah seorang yang apabila bercakap, ia bercakap kerana Allah dan apabila ia beramal, ia beramal kerana Allah".
Martabat Taqwa
Menurut Al-'Allamah Mustafa al-Khairi al-Manshuri, taqwa ini mempunyai tiga martabat;
Martabat pertama : Membebaskan diri dari kekufuran
Inilah yang diisyaratkan oleh Allah dengan "Kalimat at-Taqwa" dalam firmanNya :
"...lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mu'min dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa ...". (Surah Al-Fath. Ayat : 26)
Maksud kalimah at-Taqwa dalam ayat di atas ialah kalimah : "لا إله إلا الله محمد رسول الله" atau dua kalimah syahadah. Kalimah ini merupakan kalimah iman yang menjadi asas atau punca kepada taqwa.
Martabat kedua : Menjauhkan diri dari segala perkara yang membawa kepada dosa.
Martabat ketiga : Membersihkan batin (hati) dari segala yang menyibukkan atau melalaikan diri dari Allah swt.
Martabat yang ketiga inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah;
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan kamu menyerah diri ( kepada Allah swt )." (Surah Ali Imran. Ayat : 102)
Muslim yang Berjuang dan Bertaqwa
Merentasi era peradaban modern yang menyaksikan keruntuhan akhlak , moral dan aqidah ummah kini di paras bahaya , memerlukan kuasa taqwa yang tinggi untuk kembali membina struktur asas ummat Islam yang kian runtuh .
Taqwa adalah formula tepat untuk memproses penawar bagi memulihkan kecederaan iman yang sangat parah dewasa kini, khasnya dikalangan mereka yang mengaku muslim .
Kecederaan teruk di bahagian iman inilah yang meletakkan ummat Islam turut terjebak dalam kancah perlecehan akhlak, moral dan aqidah.
Saksikanlah, bagaimana dunia kini amnya dan negara kita khasnya dilanda kehancuran peradaban Insaniyyah, sehingga hilang peri kemanusiaan sebaliknya peri kebinatangan menguasai minda sebahagian besar ummat manusia.
Menyedari realiti dunia dan ummah hari ini, marilah kita mengambil kesempatan daripada ibadah puasa yang dijalani sebulan di bulan Ramadhan untuk membina syakhsiyyah muslim yang berjuang dan bertaqwa dengan mendidik jiwa, minda dan seluruh pancaindera agar tunduk dan patuh kepada Allah swt. serta siap untuk menjunjung tinggi segala tanggungjawab mempertahan dan memperjuangkan Islam di persada alam ini .
Kitalah selayaknya memikul tanggungjawab sebagai pejuang untuk menyelamatkan diri , dunia dan ummah dari bahana syahwah yang menyimpang jauh dari Manhaj Ilahi .
Pejuang yang dilengkapi sifat taqwa yang mantap sebagai alat keselamatan dan asas kekuatan diri demi memenangi pertembungan antara iman dan kufur , hak dan bhatil serta islam dan jahiliyyah.

..MenGejar KebaHagiaN..

Suatu masa kelihatan seorang pemuda duduk di tepi telaga. Dia termenung tatapan matanya kosong. Seluruh penjuru ceruk rantau telah dikunjungi,namun tidak ada satu titik pun yang membuatnya puas.
Kekosongan terasa,sehinggalah ada suara yang menyapanya. ‘’Apa yang kau buat disini anak muda?”,Tanya seorang lelaki tua.” Apa yang kau risaukan?”. Anak muda itu menoleh dan menjawab,” Saya penat pakcik. Terlalu jauh saya berjalan untuk mencari kebahagiaan tetapi sehingga kini tidak ada tanda kebahagiaan akan hadir dalam diri saya. Kemanakah harus saya mencarinya lagi?”.Lelaki tua itu menghampiri anak muda tersebut. Dipandangnya wajah wajah anak muda tersebut lalu berkata. “ Di depan sana ada sebuah taman. Jika kau ingin jawapan bagi pertanyaanmu, tangkaplah seekor rama-rama dengan tanganmu buatku,” arah lelaki tua itu. Pelahan-lahan pemuda itu bangkit menuju ke taman tersebut.
Taman yang penuh dengan bunga-bungaan. Tidak hairan banyak rama-rama yang berterbangan. Manakala lelaki tua itu hanya memandang dari jauh memerhatikan tingkahlaku pemuda tersebut. Dia terhendap-hendap, perlahan namun sasaran itu luput. Dikejarnya rama-rama itu kearah lain. Namun dia gagal. Dia mula berlari ke sana ke sini. Diterjahnya apa yang ada di depan mata termasuk semak. Gerakannya semakin liar.Adegan itu terus,berlangsung,tapi tidak ada seekor pun rama-rama pun yang berjaya ditangkapnya. Si pemuda mula keletihan. Kemudian dia mula mendengar lelaki tua itu menjerit,” Hentikanlah dulu anak muda berehatlah”.
Lelaki tua itu berjalan ke arah pemuda. Dilihatnya ada sekumpulan rama-rama berterbangan di tepi kiri dan kanan lelaki tersebut. ‘ Begitukah cara kamu mengejar kebahagiaan?Berlari dan menerjah apa sahaja? Ke sana sini tak tentu arah,menerobos tanpa mempedulikan apa yang kau rosakkan?”,kata lelaki tua itu sambil menatap pemuda itu.
“ Nak, mencari kebahagiaan umpama menangkap rama-rama. Semakin kau terjang,semakin ia menghindar. Semakin kau buru semakin pula ia pergi darimu. Namun tangkaplah ia dengan hatimu. Kerana kebahagiaan itu bukanlah benda yang dapat kau genggam,atau sesuatu yang dapat kau simpan. Carilah kebahagiaan itu dalam hatimu. Telusuri rasa itu dalam kalbumu. Ia tak akan lari kemana-mana. Bahkan tanpa kau sedari kebahagiaan itu sering datang sendiri”.
Kemudian lelaki tua itu mengangkat tangannya,tiba-tiba hinggap seekor rama-rama di hujung jarinya. Terlihat sayap rama-rama itu memancarkan keindahan ciptaan tuhan. Warnanya begitu indah,seindah kebahagiaan yang bagi mereka yang mampu menyelami.Mencari kebahagiaan ibarat menangkap rama-rama. Sulit, bagi mereka yang terlalu gopoh, namun mudah bagi mereka yang tahu apa yang mereka cari. Kemungkinan mendapat kebahagiaan dengan cara kesana sini amatlah tipis.Bahagia seperti udara dan kebahagiaan adalah aroma dari udara itu. Kita belajar bahawa kebahagiaan itu memang ada dalam hati kita. Cubalah temukan kebahagiaan itu dalam hatimu. Biarkan rasa itu menetap dan abadi dalam hati. Temukan kebahagiaan itu disetiap langkah yang kita lakukan. Percaya dan yakin kebahagiaan itu ada dimana-mana. Rasa itu ada disekitar kita. Bahkan bahagia itu mungkin hinggap di hati kita,namun kita tak pernah memperdulikannya. Mungkin juga bahagia itu berterbangan di sekeliling kita,namun kita terlalu acuh untuk menikmatinya.BIARLAH KEBAHAGIAAN ITU HADIR DALAM HATIMU…

..;;An-Nisa';;..

An-Nisa’

Fitrah hiasan dunia

Fitnah dunia Ar-Rijal

Halus perasaanmu

Ingin disayangi, dibelai, dimanja

Dan kutahu dia juga begitu

Cinta itu fitrah

Jangan cemari dengan fitnah!

Jika benar kau mencintainya kerana Allah

Takkan kau bisa melunakkan suara

Tusukkan panahan menggoda

Kerana kau tahu

Itu bisa menggoyah iman Ar-Rijal

9 akal 1 nafsu

Namun nafsu yang sentiasa beraja

Takkan kau jadikan sang nafsu itu

Raja nafsu yang menggila

Kerana kau tahu

dia akan terjerumus dalam api yang membara

Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila

Adakah benar kau mencintainya kerana-Nya?

Ar-Rijal

Andai kau mencintainya

Cintalah kerana-Nya

Letakkan Dia melebihi cinta si dia

Andai kau menyayanginya kerana-Nya

Kau takkan bisa menggodanya

Kerana kau tahu

dia punya 9 nafsu 1 akal

Mana mungkin 1 akal menguasai 9 nafsu

Andai kau mengasihinya kerana-Nya

Kau takkan bisa menyuntik hubungan percintaan

sebelum pernikahan

Ber“abang-sayang”

Menyentuhnya walau yang “ringan”

Kerana kau tahu

Itu menghampiri zina

Dan kau tahu

Tempatnya di api menjunam

Na’uzubillahiminzalik

Apakah benar kau mengasihinya

Andai kau relakan dia terjun ke neraka-Nya?

An Nisa’…Ar Rijal

Ku mengasihimu lillah

Pesanku ikhlas lillah

Cinta tak salah

Fitrahnya suci

Anugerah Allah

Peliharalah ia

Dengan malu akan Allah

Dan takut akan murka-Nya

Andai Allah kau utamakan

Kau takkan gelisah

Andai dia lumpuh tanpa berita

Bisu tanpa suara

Walau teknologi di depan mata

Kau takkan rindu

Walau tak bersua

Kau takkan kecewa apatah gundah

Andai bait cinta tak terluah

Kerana kau tahu

dia menyimpannya khusus

Untuk yang dipertemukan

buat pertama kalinya!

Kerana kau yakin Allah yang terbaik

Akan Allah temukan yang terbaik jua untukmu

Andai dia yang terbaik untukmu

Akan Allah satukan jua hatimu dan hatinya

Hanya dengan aqad yang sah

Menghalalkan yang dulunya haram

Meniup barakah

Dalam redha Allah

Terurai lafaz kian tersimpan

Buat pertama kali dan arakiannya

Andai benar jodoh kau dengannya

Yakinlah!

Adakah benar kau meyakini takdir-Nya?

Jan 15, 2011

...Tangisan Tergoncang Arash...



Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.


“Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka’bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. menirunya membaca “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!” Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: “Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.”


Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?” “Belum,” jawab orang itu. “Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?” “Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,” kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!” Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.


“Tuan ini Nabi Muhammad?!” “Ya” jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: “Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.”


Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: “Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!” Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: “Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!” kata orang Arab badwi itu. “Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?”


Rasulullah bertanya kepadanya. ‘Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,’ jawab orang itu. ‘Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!’


Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab

dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!” Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya.”